SyafiqNawawi

Archive for the ‘Tazkirah’ Category

Assalamua’alaikum wrt…

Klik di sini – untuk berkongsi perasaan menempuhi Ramadhan bersama umat islam di seluruh dunia

Ramadhan pantas berlari. Sudah masuk hari yang ke-15 iaitu kira-kira sudah separuh Ramadhan. Kita juga harus pantas mengejar dan berlari seiringan dengan Ramadhan. Jika tidak, alamatnya kita ditinggalkan. Realiti yang kita perlu terima adalah masa berlalu dengan pantas dan masa yang sudah berlalu tidak dapat dikembalikan. Bagaimana dengan tadarus 1 juzu’ sehari? Bagaimana dengan tarawih berjemaah di masjid-masjid? Bagaimana dengan akhlak anda? Teruskan memacu usaha anda kerana Ramadhan masih berbaki 15 hari.

Read the rest of this entry »

Assalamua’laikum wrt…

Alhamdulillah, beberapa detik lagi kita akan memasuki gerbang bulan Ramadhan, di kala waktu Maghrib. Gembiranya hati orang-orang yang beriman di zaman ini menanti ketibaan Ramadhan sepertimana sikap ternanti-nanti akan Ramadhan yang pernah ditunjukkan oleh generasi terbaik yang pernah dilahirkan di dunia ini iaitu generasi para sahabat. Doa yang diajarkan oleh Nabi Muhammad s.a.w telah dipohonkan seawal dua bulan lagi.

Read the rest of this entry »

Assalamua’laikum wrt,

Setiap manusia menginginkan yang terbaik. Kadangkala kita berasa cemburu apabila ada orang lain mendapat sesuatu yang lebih baik dari kita. Rata-rata pembaca blog saya ini (yang saya maksudkan adalah anda!) mempunyai sesuatu yang terbaik. Tetapi sedarkah kita apakah ia? Sila saksikan sedutan klip video di bawah ini:

Read the rest of this entry »

Assalamua’laikum wrt,

Alhamdulillah baru sahaja selesai menjawab satu lagi paper. Sebelum melangkah masuk ke dalam dewan peperiksaan tadi, saya tertanya-tanya ‘Seperti apakah soalan yang akan keluar pada tahun ni?’. Jawapannya sudah diketahui sebaik sahaja saya membuka kertas soalan tadi.

Royal Exhibition Centre, Melbourne

(Dewan peperiksaan bagi pelajar University of Melbourne)

Read the rest of this entry »

Assalamualaikum wrt,

Ada sebuah buku berjudul ‘Bahtera Penyelamat’ karangan Ustaz Fathi Yakan. Saya belum baca lagi buku tersebut dan berharap (baca : berusaha) untuk baca buku tersebut di masa mendatang. Tetapi apa yang saya nukilkan di sini juga berkenaan dengan bahtera penyelamat. Saya pernah juga google ‘bahtera penyelamat’ dan saya mendapati ramai juga menulis tentang bahtera penyelamat.

Apa istimewanya dengan bahtera penyelamat? Saya maksudkan bahtera penyelamat di sini sebagai satu analogi. Sebelum saya membawa anda apa yang cuba saya sampaikan, mari kita hayati dahulu kisah Nabi Nuh a.s.

Read the rest of this entry »


May 2024
M T W T F S S
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  

Categories

Klik di Sini

Blog Stats

  • 26,887 hits