SyafiqNawawi

Pautan Islam

Assalamu’alaikum wrt,

Sungguh menghairankan! Begitulah yang saya dapat untaikan berkenaan dengan fenomena kebanjiran blog sejak akhir-akhir ini. Ramai rakyat Malaysia berminat untuk menulis dan mempunyai blog sendiri. Bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan. Blogspot? WordPress? Blogdrive? you name it. Menteri-menteri juga digalakkan untuk mempunyai blog sendiri walaupun kita sedia maklum zaman kepesatan penggunaan teknologi komputer dan internet berlaku bukan di zaman mereka. Ibu saya juga berminat untuk mempunyai blog sendiri🙂 .

Pony Express

Untuk apa menulis?

Antara sebab mengapa saya terpanggil untuk menulis blog adalah berkenaan dengan tujuan penulisan blog. Saya dapati banyaknya blog-blog yang ditulis sekadar ‘suka-suka’ tanpa tujuan, yang lebih bersifat membuang masa. Lebih mendukacitakan lagi, tidak kurang juga orang islam menulis blog, menceritakan pengalaman mereka memaksiati Allah dan Rasulullah s.a.w tanpa segan-silu dan malu dan mungkin tanpa kesedaran lantaran kejahilan mereka sendiri. Sangat membahayakan kerana mereka ini boleh membentuk pola berfikir kepada sesiapa yang membaca bahawa apa yang mereka lakukan adalah ‘ok’ dan ‘tiada apa salahnya’. Terbalik, mereka amar mungkar nahi ma’ruf dan menjadi tentera-tentera syaitan tanpa mereka sedari. Juga blog yang ditulis sebagai medium perdebatan. Debat sana, debat sini, salahkan orang itu, salahkan orang ini yang akhirnya tidak membawa kemana bahkan memecah-belahkan masyarakat dan umat yang bersatu.

Blog islami

Sedikit. Masih kurang lagi orang menulis ke arah menceritakan keindahan islam jika dibandingkan dengan jenis-jenis blog yang saya ceritakan di atas. Sekiranya anda ingin memulakan penulisan blog fikirkanlah ‘untuk apa anda menulis?’. Serulah ke arah kebaikan, insha-Allah anda akan mendapat saham dari orang yang melakukannya dan kita takuti yang sebaliknya. Di bawah ini saya bawakan beberapa blog-blog yang menarik.

Nasihat

Terlalu banyak blog, timbul masalah baru iaitu banyak masa dihabiskan untuk membaca blog pula. Oleh itu :

  1. Rancang masa anda dengan sebaiknya. Contohnya, anda ‘limit‘kan masa untuk membaca blog kepada 15 minit sehari.
  2. Gunakan kaedah Subscribe/RSS feeder atau Google reader sekiranya anda mempunyai google account untuk menjimatkan masa untuk melihat update-update terkini tanpa melompat dari satu blog kepada satu blog yang lain. Tidak tahu bagaimana nak guna? Maka bertanyalah kepada orang yang tahu🙂 .

Maka bertanyalah kepada orang yang mempunyai pengetahuan jika kamu tidak mengetahui [An-Nahl :43]

Wallahu’alam

2 Responses to "Pautan Islam"

limitkan juga setelah baca satu blog, hanya dibenarkan menekan 2 link maximum selepas blog tu.hehe

Cadangan yang baik. Terima kasih

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

December 2016
M T W T F S S
« May    
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  

Categories

Klik di Sini

Blog Stats

  • 24,093 hits
%d bloggers like this: