SyafiqNawawi

Archive for March 2009

Risau

Posted on: March 28, 2009

Assalamua’laykum wrt,

Sudah lama saya tidak menulis di ruangan ini. Sebagai permulaan atau apa orang kata ‘kickstart’ untuk tahun ini, saya ingin mengulas sedikit berita yang saya baca pada pagi ini, ianya benar-benar menggusarkan hati saya. Sila baca petikan artikel Berita Harian (Sabtu, 28 Mac 2009) di bawah:

Puteri pecut dilarang berlari kerana pakaian ketat

PULAU PINANG: Seorang ahli perniagaan terkejut dengan tindakan sebuah sekolah menengah di Gelugor di sini yang melarang anak perempuannya menyertai acara sukan kerana memakai seluar getah ketat dan t-shirt.

Mohamad Asrul Rashid Mohd Ikbal, 36, berkata anaknya, Baizura, 13, tidak dibenarkan menyertai acara larian dalam olahraga Sekolah Menengah Kebangsaan Haji Mohd Nor Ahmad kerana tidak memakai pakaian sukan seperti yang diarahkan.

Mohamad Asrul berkata, anaknya menyatakan guru sukan di sekolah itu telah memintanya dan dua lagi rakannya memakai t-shirt, seluar trek dan tudung jika ingin terus menyertai acara tersebut.

Baizura pernah terpilih sebagai olahragawati sekolah selama tiga tahun berturut-turut semasa belajar di Sekolah Kebangsaan Bukit Gelugor.

“Dia juga pernah dianugerahkan puteri pecut sekolah itu,” kata Mohd Asrul.

Beliau berkata, dalam perbincangan dengan pihak sekolah hari ini, guru sukan dan pengetua sekolah saling menuding jari dan tidak mengaku mengeluarkan arahan berkenaan.

“Yang menjadi kemarahan pihak kami, guru sukan kata arahan itu dikeluarkan oleh pengetua, pengetua pula kata tiada sebarang arahan dikeluarkan,” katanya.

Mohamad Asrul berkata, seorang pegawai daripada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) turut hadir dalam perbincangan itu dan beliau yang enggan namanya dinyatakan, berjanji akan menyiasat.

Pengarah JPN, Ibrahim Mohamad, ketika dihubungi berkata beliau tidak dapat mengulas mengenai perkara itu yang kini dalam siasatan. – Bernama

Apakah yang merisaukan saya?

1. Ibu bapa muslim yang tidak faham atau tiada kejelasan tentang aspek pemakaian wanita muslimah yang harus diterapkan kepada anak perempuan mereka.

2.Tiada yang berani bangkit menegakkan kebenaran (al-haq) apabila ditentang al-batil.

3. Tatasusila pemakaian yang sopan di sekolah yang berjalan sekarang adalah al-hasil dari pembentukkannya dahulu berdasarkan kefahaman islam tetapi hanya tinggal undang-undang.

4. Lemahnya kefahaman islam pada  masyarakat melayu islam sekarang.

Jadi, adakah anda akan biarkan perkara ini berterusan berlaku? Saya yakin jika anda faham, jawapannya pasti ‘tidak!’.


March 2009
M T W T F S S
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031  

Categories

Klik di Sini

Blog Stats

  • 26,887 hits