SyafiqNawawi

Sujud merdeka seorang hamba

Posted on: July 21, 2008

Assalamua’laikum wrt,

Sejak akhir-akhir ini, sewaktu saya membaca al-Quran, saya kerap melalui ayat-ayat yang menghendaki ‘kita’ untuk sujud. Sujud ini dipanggil sujud tilawah. Di manakah ayat tersebut? Pernahkah anda terjumpa di dalam mushhaf, ayat yang ada ditanda garis di satu perkataan dan dihujungnya terdapat simbol seperti kubah masjid seperti di bawah ini?

Al-A'raaf : 206

Inilah ayat sujud tilawah. Ayat sujud tilawah yang paling famous adalah ayat 15, Surah As-Sajdah yang kebiasaannya dibaca oleh imam-imam di masjid atau surau pada solat subuh hari jumaat. Teringat zaman sekolah dulu, pengetua mengimami solat subuh hari jumaat dan selalu baca surah As-Sajdah. Surah yang agak panjang dan ditambah dengan mengantuk, masa berdiri tu ada yang nak tertumbang sebab tertidur 🙂 .

Cuma apa yang berlegar di fikiran saya ketika ini, ada 2 perkara :

1. Apakah bacaan sewaktu sujud tilawah? – Saya hafaz dipermulaan bacaan ketika sujud dan tidak lengkap serta tidak tahu maksudnya.

2. Bagaimanakah cara untuk melakukan sujud tilawah? Saya pernah melihat orang lain melakukannya, lalu saya mencontohinya, tetapi saya kurang pasti adakah caranya betul atau tidak.

Apa yang saya cari sekarang adalah kepastian, agar :

  1. Hilangnya syubhah (baca : keraguan) ketika melakukan ibadah. Kerana ragu-ragu adalah mainan syaitan laknatullah.
  2. Mentahsinkan (baca : memperelokkan) ibadah. Kerana ibadah ialah ta’abud (baca : pengabdian) kepada Allah s.w.t dan ianya bukan perkara main-main.

Jadi saya ingin berkongsi dengan anda semua apa yang saya baru dapat. Semoga bermanfaat.

Bacaan

Doa nabi s.a.w semasa sujud tilawah daripada Aisyah r.a :

“SAJADA WAJHII LILLADZII KHALAQAHU WA SYAQQA SAM`AHU WA BASHARAHU BIHAWLIHI WAQUWWATIHI FATABAARAKALLAAHU AHSANUL KHAALIQIIN”

Wajahku bersujud kepada Yang menciptakannya, membuka pendengaran dan penglihatannya dengan daya dan kekuatan-Nya.”

[H.R Tirmizi 2/474, Ahmad 6/30, An Nasa’i 1128 dan Al Hakim menshahihkannya dan disepakati oleh Dzahabi]

Cara

  • Sujud tilawah di dalam solat :

Jika mendengar atau membaca ayat sajdah dalam solat, hendaklah sujud sekali, kemudian kembali berdiri meneruskan bacaan ayat tersebut dan meneruskan solat. Namun apabila dalam solat jama’ah makmum wajib mengikuti imam. Ertinya jika imam membaca ayat sajdah lalu bersujud, maka makmum wajib ikut sujud. Tetapi jika imam tidak sujud, maka makmum pun tidak boleh sujud sendirian.

  • Sujud tilawah di luar solat :

a. Menghadap kiblat
b. Niat dan takbir
c. Sujud (Hanya sekali)
d. Duduk setelah sujud (tidak perlu membaca tasyahud)
e. Salam

Sumber

Hukum

Sunah mengikut pendapat jumhur ulama kecuali imam Abu Hanifa (Imam mazhab Hanafi) mengatakan sujud tilawah wajib keatas pendengar atau pembaca.

Hukum sunat ini bersandarkan hadis yang disandarkan yang diriwayatkan oleh Al-Syaikhain (Al-Bukhari dan Muslim) daripada Ibnu Umar katanya yang maksudnya :

“Bahawasanya Rasulullah s.a.w telah membaca al-Quran, lalu Baginda membaca satu surah yang di dalamnya ada ayat ‘sajdah’, maka Baginda pun bersujud lalu kami pun bersujud bersama-sama Baginda sehingga sesetengah daripada kami tidak mendapati tempat untuk meletakkan dahinya”.

Sumber

A point to stress

Juga yang termasuk sunah untuk bersujud ialah pendengar bukan sahaja pembaca. Sekiranya anda jelas mendengar rakan di sebelah membaca ‘ayat sajdah’ maka sujudlah bersama beliau. Itulah yang saya maksudkan dengan ‘kita’ di awal perbicaraan entri ini.

Apa yang saya maksudkan dengan ‘sujud merdeka seorang hamba’ pula ialah seorang hamba yang berlepas dari segala perkara dan hanya sujud kepada Allah s.w.t semata-mata. Satu hadith bagi mengakhiri, oleh Abu Hurairah r.a, Baginda s.a.w bersabda yang maksudnya:

“Apabila anak Adam itu membaca ayat al-Quran yang menuntut untuk sujud, syaitan akan mengasingkan dirinya lalu menangis dan berkata:”” Celakalah! Anak Adam telah diperintahkan untuk sujud ia pun sujud, maka baginya balasan syurga, dan aku diperintahkan untuk sujud maka aku enggan, maka balasan bagiku adalah neraka”.

Maka sampaikanlah, berita gembira kepada mereka-mereka yang merdeka dalam sujudnya.

Wallahu’alam

Wassalam

2 Responses to "Sujud merdeka seorang hamba"

Subhanalloh. Do that with divinest realm of conscious mind, fello homo. There you’ll find the blissful sacred joy of being touched by the universal energy, 4JJI.

jazakallah..
tapi juz nak share, pernah soalan ini ditanya kepada student dari mesir, amik bidang pengajian islam, mengenai bacaan sujud sejadah. jawapan yang diberi adalah, boleh sahaja baca bacaan sujud biasa, macam dalam solat..
allahuálam..

Leave a comment

July 2008
M T W T F S S
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  

Categories

Klik di Sini

Blog Stats

  • 26,887 hits