SyafiqNawawi

A reason to smile :)

Posted on: July 22, 2008

Assalamu’alaikum wrt,

Senyum.

Doa yang diajarkan oleh Nabi Muhammad s.a.w untuk ditujukan kepada pasangan pengantin baru :

“Barakallahu lakuma, wa barak ‘alaikuma wa jam’a bainakuma fil khair, wa razaqakuma zurriyatan tayyibatan tanfa’ul islam wal muslimin”

Maksudnya: Semoga Allah membarakahi kalian dan melimpahkan barakah kepada kalian, dan mengumpulkan kalian dalam kebaikan, serta mengurniakan kalian zuriat yg memberi manfaat kepada islam dan muslimin keseluruhannya”.

Saya tujukan kepada dua orang sahabat rapat saya :

  1. Akh Arif Hamzah dan Ukht Hazlin (17 July 2008 )
  2. Akh Aiman Bustamin dan Ukht Izza (19 July 2008 )

Titik pertemuan

Sekadar kenangan memori silam,

1. Arif Hamzah – INTEC, Shah Alam (2004)

2. Aiman Bustamin – Kem Semai Mesra, Bukit Cerakah, Shah Alam (2006)

Saya hanya sempat menghadiri majlis akad dan walimah Aiman Bustamin.

Satu hari yang penuh pengajaran

1. Menguji kesabaran – Beberapa kali sesat (lebih dari 3x) sebelum sampai ke Virgin Mary Mosque,Hoppers Crossing untuk majlis akad, benar-benar menguji kesabaran saya. Hampir sahaja saya berputus asa untuk meletakkan harapan sempat sampai sebelum majlis akad bermula. Alhamdulillah sempat juga sampai sebelum majlis akad bermula. Saya rasa saya perlu didik hati saya lagi untuk lebih sabar dan tenang di masa-masa akan datang. Sebenarnya sudah lama tidak diuji kesabaran sehebat ini 8) .

2. Ramai orang berlumba-lumba untuk memberi tazkirah (baca : peringatan) tentang ‘the important of marriage’ dan ‘calon yang sewajarnya dipilih’– Pelbagai ayat Al-Quran dan Hadith tentang topik-topik ini dilontarkan pada hari tersebut, bermula dari imam Isa dari Virgin Mary Mosque hinggalah ke imam besar Beddoe Mosque Syeikh Abu Umar (cakap dalam b.arab) dan ditransilasikan oleh Dr. Ayman dari Egypt. Juga khutbah nikah yang disampaikan oleh Aiman sendiri.

3. Sikap yang dikagumi – Pengerusi majlis pada hari itu, Brother A’sim sangat mengkagumi sikap kedua orang tua Aiman dan mertuanya. Apa yang membuatkan beliau terharu?

Pertama : Kedua orang tua Aiman membenarkannya kahwin walaupun tanpa kehadiran mereka. Kebiasaannya keluarga lebih prefer membuat majlis dengan kehadiran mereka dan saudara-mara. Saya ulang apa yang disampaikan oleh Brother A’sim, “His parents said : No! Allah goes first!”

Kedua : Mertua Aiman sanggup datang jauh demi mengahwinkan anak mereka walhal mereka boleh menunggu sehingga summer ini yang lebih kurang lagi 5 bulan, tetapi mereka memilih menyegerakan kerana mereka memandang hal ini baik dan perlu disegerakan. Berlumba-lumba dalam hal kebaikan (sila rujuk ‘satu perlumbaan‘)

4. Walimah contoh – Satu walimah yang hebat yang bertepatan dengan ciri-ciri islam kerana :

i. Jauh dari percampuran bebas antara lelaki dan perempuan – walimah dibuat di tempat berasingan antara lelaki dan wanita. Walimah yang berlandaskan islam untuk mendapatkan redha Allah, agar perkahwinan diberkatiNya.

ii. Jauh dari adat-adat Melayu yang berasal dari agama Hindu yang bersifat pembaziran.

iii. Jauh dari elemen-elemen yang tidak sihat seperti kugiran dan sebagainya.

Tahniah!

1. Berjaya mendirikan baitul muslim (baca : rumah tangga)

2. Mendirikan rumahtangga tidak melalui jalan yang bathil (baca : tidak elok dan bukan di sisi islam) seperti di zaman sekarang ini yang rata-rata masyarakat islam pilih iaitu jalan couple dan yang sepertinya. Jika sekarang ini anda hanya dapat melihat jalan couple adalah satu-satunya jalan untuk mendirikan rumahtangga, ketahuilah jalan ini salah dan tiada diajarkan di dalam ajaran islam dan ada jalan yang baik lagi mulia di sisi islam.

3. Tahu matlamat mendirikan rumahtangga dengan jelas. Ada sesetengah pasangan yang baru berkahwin masih tidak jelas matlamat perkahwinan. Lalu saya bertanya kembali, bagaimanakah rumahtangga itu mungkin kukuh sedangkan asas binaannya tidak kukuh dan hanya ikut-ikutan?

4. Mahar dan belanja kahwin yang rendah. Nabi Muhammad s.a.w bersabda :

” Mahar yang paling baik adalah yang paling sederhana”. [H.R An-Nasa’i] – Imam Isa dalam pengisiannya ada menyatakan hadith ini, dan dia juga kata ada pengalaman mengahwinkan pasangan yang maharnya tinggi tetapi perkahwinan itu tidak bertahan lama. Usah pergi jauh untuk mengambil contoh, kita juga tahu dari media-media tentang pernikahan artis-artis Malaysia yang beragama islam, yang mahar dan perbelanjaan kahwinnya tinggi mencecah puluhan, malahan ratusan ribu, tetapi berakhir dengan bercerai-berai dan kes-kes di mahkamah syariah yang masih tidak selesai.

5. Perkahwinan anda menguatkan ukhuwwah – Alhamdulillah ramai yang datang dan menceriakan suasana. Bukan hanya muslim dari Malaysia bahkan dari pelbagai negara.

6. Berjaya menyempurnakan sebahagin dari agama.

Encik Pau

Kemunculan sulung Encik Pau . Hantaran Aiman pada hari itu adalah hasil tangan team Encik Pau. Antara hasil kerja team Encik Pau :

encik pau
encik pau

(Team encik pau : mhmat, afs, mraar & msn)

Sila layari www.encikpau.wordpress.com untuk maklumat lanjut

Wallahu’alam

Wassalam

3 Responses to "A reason to smile :)"

ana ada soalan tipikal untuk nta syifa.

“nta bila lagi?”

kalau boleh jawab dengan praktikal lebih baik ana rasa. hehe.

salam.i figured out that aiman’s friend of mine too. send my regards and congratulations to him and his wife ya.~. thnk u. =)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

July 2008
M T W T F S S
« Jun   Aug »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  

Categories

Klik di Sini

Blog Stats

  • 24,093 hits
%d bloggers like this: