SyafiqNawawi

Perbaharui matlamat hidupmu

Posted on: November 3, 2008

Assalamua’alaikum wrt,

Sekiranya matlamat hidup anda sekarang ini dunia semata-mata. Saya mengajak anda menambah akhirat dihujungnya.

Sekiranya matlamat hidup anda sekarang ini dunia dan akhirat. Saya mengajak anda perbesarkan matlamat akhirat anda.

Sekiranya usaha mencapai matlamat dunia sekarang ini melebihi akhirat. Saya mengajak anda menyeimbangkan antara keduanya.

Sekiranya usaha mencapai keduanya seimbang. Saya mengajak anda melebihkan yang akhirat.

Step by step, kita melangkah memperbaharui matlamat kita satu-persatu, dan manusia……berubah!

Akhir kata…

DUNIA kita kejar, AKHIRAT pun kita kejar.

dan yang lebih baik lagi…

AKHIRAT kita kejar, DUNIA kita tak lupakan.

Matlamat kita yang akhir ialah SYURGA yang abadi.

Sedikit renungan hadith…

Abu Hurairah ra telah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:

” Terdapat 7 golongan yang akan mendapat lindungan arasyNya pada hari yang tiada lindungan melainkan lindungan daripadaNya. Pemimpin yand adil; pemuda yang masanya dihabiskan untuk beribadah kepada Allah SWT; seseorang yang hatinya terpaut pada masjid; 2 lelaki yang berkasih sayang dan bertemu dan berpisah kerana Allah SWT; lelaki yang digoda oleh perempuan cantik dan berpengaruh untuk melakukan maksiat tetapi dia menolak dengan mengatakan Aku Takutkan Allah; seseorang yang bersedekah dan menyembunyikannya sehinggakan tangan kanannya tidak mengetahui apa yang diberikan oleh tangan kirinya; dan seseorang yang mengingati Allah ketika bersendirian sehinggakan mengalir air matanya kerana Allah SWT.” Riwayat Muslim

"Lukisan syurga yang cuba digambarkan oleh manusia, tetapi hakikat syurga sebenarnya jauh melebihi jangkaun akal fikiran manusia."

Wassalam

2 Responses to "Perbaharui matlamat hidupmu"

Btul3… Sahih!!

salam dari Dublin.. pekaba?? saje2 bloghopping, terhop ke sini pulak.. anyway, kalau rajin, dtg laa jenguk2 blog hamba.. 🙂

Leave a comment

November 2008
M T W T F S S
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930

Categories

Klik di Sini

Blog Stats

  • 26,887 hits