Buta mata
Posted September 18, 2008
on:Assalamua’laikum wrt…
Lagu-lagu nasyid lama memang best. Contoh seperti the Zikr (sebelum Raihan), Nadamuri (sebelum Rabbani), Raihan, Sinaran Azhar dan Hijjaz. Lagu-lagu mereka berat dengan mesej-mesej yang bermakna. Tidaklah kita sekadar berhibur kosong sahaja. Antara lagu yang menyentuh hati saya adalah lagu ‘buta mata’. Lagu ini daripada nadamurni (suara remaja). Dinyanyi balik oleh Ikhwan. Saff-One pun ada nyanyi balik,tapi Ikhwan lagi sedap. Nak dengar sila pergi ke ‘kongsi2‘ kat sidebar blog ini.
Buta Mata by Nadamurni
Buta mata tak nampak jalan di dunia
Kerana tidak nampak cahaya
Tidak tahu kemana hendak di tuju
Kehilir atau ke hulu
Selamatlah di dunia fana ini
Bila mana mata tidak buta
Melalui pengalamaan diri
Kerana jalan itu sudah biasa
Ada pedoman yang menunjuk kita
Tongkat ditangan membantu jua
Boleh jadi orang simpati yang membawa
Tapi kita buta hati menderita
Tidak nampak jalan menuju ke akhirat
Negeri yang kekal abadi
Tidak diukur x2 dengan masa
Tidak ada kawan yang datang membantu
Tiada pengalaman yang memastikanya
Tiada pedoman menunggu kita
Tidak ada yang simpati menolong kita
Dalam kegelapan terjun ke neraka
Menderita ke negeri yang abadi
Tidak kembali ke dunia lagi
Tiada gunanya penyesalan diri
Oleh itu banyakkan amal dan bakti 2x
Leave a Reply