SyafiqNawawi

Bila waktu sudah tiada

Posted on: June 23, 2008

Assalamua’laikum wrt,

Alhamdulillah baru sahaja selesai menjawab satu lagi paper. Sebelum melangkah masuk ke dalam dewan peperiksaan tadi, saya tertanya-tanya ‘Seperti apakah soalan yang akan keluar pada tahun ni?’. Jawapannya sudah diketahui sebaik sahaja saya membuka kertas soalan tadi.

Royal Exhibition Centre, Melbourne

(Dewan peperiksaan bagi pelajar University of Melbourne)

Sekembalinya dari dewan peperiksaan, terfikir pula soalan yang lagi besar, ‘Seperti apakah jawapan aku di akhirat nanti?’. Soalan yang akan ditanyakan umum sudah ketahui. Kalau ujian atau peperiksaan awal-awal sudah tahu soalan yang akan ditanya, itu bonus! Tetapi yang menjawab di akhirat nanti adalah amalan kita. Bukan senang untuk menjawab soalan di mahkamah pengadilan Allah s.w.t. Cheat sheet, ‘toyol’ atau apa sahaja bahan yang digunakan untuk menipu hatta kita hafaz jawapannya sekalipun adalah tiada berguna pada hari tersebut. Jadi, kita kena bersedia dari sekarang. Sekarang? Ya! sekarang kerana masa semakin suntuk, kematian akan datang bila-bila masa sahaja.

Kematian pasti akan tiba. Kita akan mati. Satu peringatan untuk diri saya dan juga mereka-mereka yang alpa di luar sana.

Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kemudian hanyalah kepada Kami kamu dikembalikan [Al-Ankabuut : 29]

Bila? Tidak tahu. Di mana? Tidak tahu.

Sesungguhnya Allah, hanya pada sisi-Nya sajalah pengetahuan tentang Hari Kiamat; dan Dia-lah Yang menurunkan hujan, dan mengetahui apa yang ada dalam rahim. Dan tiada seorangpun yang dapat mengetahui (dengan pasti) apa yang akan diusahakannya besok. Dan tiada seorangpun yang dapat mengetahui di bumi mana dia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal. [Luqman : 34]

Kadangkala kita lupa akan hakikat ini. Kesibukan dunia dan kehidupan kita melupakan kita akan kenyataan ini. Kesenangan, kenikmatan yang melimpah-ruah diberi oleh Allah s.w.t mengalpakan kita. Seperti alpanya Firaun yang diberi nikmat tidak pernah jatuh sakit sembari kecil hatta demam sekali pun.

Beberapa nasihat untuk memperbaiki diri :

1. Sentiasalah kita mempersiapkan diri untuk hari akhirat.

2. Perkemaskan amalan dan istiqamah.

3. Rajin-rajin untuk mengretropeksi (baca : muhasabah) diri di waktu hendak tidur.

4. Ambil iktibar di setiap malapetaka atau bencana yang Allah s.w.t turunkan bagi mereka yang alpa.

Dead people of Nargis,Myanmar

Sichuan Earthquake, China

5. Banyakkan amalan-amalan yang diredhai Allah s.w.t.

Persoalan terakhir :

Syurga atau neraka?

Wallahu’alam

Wassalam

3 Responses to "Bila waktu sudah tiada"

jzkk.😀

same2lah kite x lupa dari mengingati-NYA

jzkk jugak

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

June 2008
M T W T F S S
    Jul »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
30  

Categories

Klik di Sini

Blog Stats

  • 24,093 hits
%d bloggers like this: