SyafiqNawawi

Surat terbuka untuk umat islam : Ramadhan 3 kawasan

Posted on: September 15, 2008

Assalamua’alaikum wrt…

Klik di sini – untuk berkongsi perasaan menempuhi Ramadhan bersama umat islam di seluruh dunia

Ramadhan pantas berlari. Sudah masuk hari yang ke-15 iaitu kira-kira sudah separuh Ramadhan. Kita juga harus pantas mengejar dan berlari seiringan dengan Ramadhan. Jika tidak, alamatnya kita ditinggalkan. Realiti yang kita perlu terima adalah masa berlalu dengan pantas dan masa yang sudah berlalu tidak dapat dikembalikan. Bagaimana dengan tadarus 1 juzu’ sehari? Bagaimana dengan tarawih berjemaah di masjid-masjid? Bagaimana dengan akhlak anda? Teruskan memacu usaha anda kerana Ramadhan masih berbaki 15 hari.

Beberapa hari yang lalu (sebelum memasuki bulan Ramadhan), saya telah membaca sepucuk surat yang ditinggalkan di atas meja di dalam surau universiti. Surat itu ditujukan kepada semua orang islam. Kandungan surat itu mengajak kita berfikir sejenak tentang keadaan saudara-mara kita yang menjalani ibadah puasa di seluruh dunia. Secara kesimpulannya terdapat tiga senario (baca: gambaran) suasana sambutan Ramadhan di seluruh dunia. Perenggan-perenggan seterusnya adalah beberapa petikan-petikan daripada surat tersebut.

Pertama kita gambarkan suasana di negara-negara islam yang Allah limpah kurniakan pelbagai kenikmatan seperti negara Malaysia.

In Muslim majority countries the streets will be filled with people selling food for iftar and sahur, television programme will show more religious programme, mosque crowded with a lot more people, and in some cases work schedules are altered. Ramadhan is a month long festivity filled with food and gatherings and worship.It’s a month where all your good deeds are multipled. It’s the highlight of being Muslim. Spending Ramadhan in such places is very nice sinceyou are surrounded with the atmosphere.

Tetapi kita perlu juga mengingati nasib saudara-mara kita yang tidak beberapa baik di negara-negara islam yang sedang berada di dalam konflik peperangan yang tidak berkesudahan.

Let’s remember our brothers and sisters who live in conflict areas. Palestine, Afghanistan, Iraq and other war-struck areas. Burma and other countries hit by disasters. Those who live by less than $2 daily. Those who has accustomed to hearing gunshots and bomb blow up. It may be that going to the mosque is very dangerous, for we all know that even mosques become targets of attacks. Mothers who have to provide meals for the family with little money they have. Those who have had to fast all year long because food was just not available. And you can find these people within steps of where you live.

Dan yang terakhir sekali, tidak lupa juga dengan saudara-mara kita yang menjalani ibadah puasa di negara-negara bukan islam dengan cabaran-cabarannya yang sangat hebat.

Lets remember our brothers and sisters who live in non-muslim countries. There are no celebrations whatsoever, except in some Masjids/Islamic Centers. People around them mostly don’t fast, and they have to just deal with people eating and drinking all day. They might need to break their fast alone, at work, at school or even in the car. There are no adzan telling Maghrib time; you need to check the time yourself. The might just pray tarawih by themselves at home since mosques are too far from where they live. They just wake up early to eat sahur, all by themselves, with no special programs on TV to accompany.

Begitulah kesimpulan senario perjalanan Ramadhan di beberapa kawasan di dunia ini. Sentiasalah kita mengingati saudara-mara seislam kita ditempat lain ketika mana kita diberi nikmat oleh Allah s.w.t dengan pelbagai jemputan iftar disana-sini. Hadith Rasulullah s.a.w ada menyebut:

من لم يهتم بأمر المسلمين فليس منهم

Maksudnya: “Barang siapa yang tidak mengambil berat perihal orang Islam, dia bukanlah dari kalangan mereka”

Di kesempatan Ramadhan ini juga, kita dapat melatih sifat belas kasihan kita. Kerana Ramadhan mendidik kita saling memahami erti kepayahan yang dialami ketika berpuasa. Jadilah kita seorang muslim yang memikirkan umat lebih daripada diri sendiri seperti qudwah teladan kita Nabi Muhammad s.a.w yang menyebut “ummati…ummati…ummati…” ketika beliau hendak wafat. Bagaimanakah kita boleh menjadi seorang yang sentiasa fikirkan umat islam yang lain? Beberapa tips sempena bulan Ramadhan:

  • Berdoa kepada Allah s.w.t untuk kesejahteraan umat. Doa sunat yang mudah dimakbulkan oleh Allah s.w.t ialah ketika kita hendak berbuka. Pertama berdoalah untuk diri kita semoga dilepaskan dari seksaan api neraka. Kemudian berdoalah untuk kebaikan umat islam seluruhnya.
  • Mengikuti perkembangan dunia islam dengan melayari website-website seperti palestinkini, islamonline, ikhwanweb dan sebagainya.
  • Wujudkan kesatuan perasaan dalam diri kita dengan nasib yang dialami oleh saudara seakidah kita.
  • Satu kelebihan bagi mereka yang belajar di luarnegara adalah kelebihan peluang untuk bergaul dengan muslim dari negara lain. Jadi jangan sia-siakan peluang emas ini kerana anda akan berpeluang memahami islam dengan bergaul dengan mereka.
The last sunset before Ramadan in Gaza

The last sunset before Ramadan in Gaza

Akhir kalam, manfaatkan hari-hari terakhir Ramadhan anda.

Wassalam

Quick info: Setelah kejatuhan khilafah islamiyah pada tahun 1924, empayar islam yang luas telah terpecah kepada blok-blok negara-negara islam yang kecil.

1 Response to "Surat terbuka untuk umat islam : Ramadhan 3 kawasan"

selamat Berpuasa… semoga segala ibadah kita diterima oleh Allah SWT, amin…

saya membuat tulisan tentang “Benarkah Kita Hamba Allah?”
silakan berkunjung ke:

http://achmadfaisol.blogspot.com/2008/09/benarkah-kita-hamba-allah-1-of-2.html
(link di atas adalah tulisan ke-1 dr 2 buah link benarkah kita hamba Allah?)

Apakah Allah juga mengakui bahwa kita adalah hamba-Nya?

semoga Allah menyatukan dan melembutkan hati semua umat Islam, amin…

salam,
achmad faisol
http://achmadfaisol.blogspot.com/

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

September 2008
M T W T F S S
« Aug   Oct »
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
2930  

Categories

Klik di Sini

Blog Stats

  • 24,093 hits
%d bloggers like this: