SyafiqNawawi

Apakah yang lebih baik dari…

Posted on: July 1, 2008

Assalamua’laikum wrt,

Setiap manusia menginginkan yang terbaik. Kadangkala kita berasa cemburu apabila ada orang lain mendapat sesuatu yang lebih baik dari kita. Rata-rata pembaca blog saya ini (yang saya maksudkan adalah anda!) mempunyai sesuatu yang terbaik. Tetapi sedarkah kita apakah ia? Sila saksikan sedutan klip video di bawah ini:

Alhamdulillah saya dan anda telah dilahirkan islam. Cuma apa yang kurang pada kita adalah berasa ‘izzah (baca : berasa tinggi) dengan islam. Bagaimanakah caranya kita untuk berasa ‘izzah dengan islam? Mungkin sebahagian dari kita berasa malu (baca :segan) untuk mempamerkan kesolehan dan kebaikan kita. Antara perkara-perkara baik yang kita inginkan contohnya seperti:

  • Membaca al-Quran setiap hari
  • Solat berjemaah
  • Solat sunat rawatib (solat sunat sebelum dan/atau selepas solat fardhu)
  • Berakhlak mulia seperti bertutur kata dengan sopan
  • etc.

Tetapi keinginan-keinginan yang hebat ini disorokkan atau dipendamkan kerana kita berada di dalam satu kelompok atau bi’ah (baca : suasana) rakan-rakan yang kurang berminat dengan islam ataupun juga berada di dalam dilema yang sama seperti kita.

Adalah lebih malang lagi, apabila:

  1. Kita terikut-ikut dengan suasana sekeliling kita yang tidak islam
  2. Merendah-rendahkan islam seperti memperlekehkan kawan kita, jika kawan kita melakukan sesuatu perkara yang baik.
  3. Menghalang orang dari membuat kebaikan ataupun pergi kepada perkara-perkara kebaikan
  4. Menyebarkan fitnah kepada rakan-rakan yang menyeru kepada perkara-perkara baik, dan yang lebih teruk lagi,
  5. Mengajak rakan-rakan kearah yang bertentangan dengan islam.

Hal ini terjadi adalah disebabkan oleh diri kita yang lemah dan juga secara fitrahnya kita ingin rasa kebersamaan dengan rakan-rakan kita. Selalunya rasa kebersamaan ini diraih dengan melakukan apa sahaja yang dilakukan oleh satu kelompok itu. Secara ringkasnya, kita lakukan apa sahaja asalkan kita diterima oleh rakan-rakan kita. Kita tidak berani melakukan suatu kelainan kerana takut disisihkan. Jika kelompok rakan kita melakukan perkara baik, kita ikut, alhamdulillah, tetapi jika sebaliknya, amatlah rugi.

Apakah tindakan kita yang sebetulnya? Pertamanya, saya ingin tekankan ialah keinginan-keinginan anda yang baik itu adalah hebat.Sangat-sangat hebat kerana amalan-amalan tersebut mendekatkan diri anda kepada Allah s.w.t. Jadi, anda harus mulakan dengan tindakan melakukannya sedikit demi sedikit. Siapa tahu rakan anda bakal terkesan dengan tindakan anda. Siapakah pemilik hati manusia? Sudah tentu jawapannya ialah Allah s.w.t. Kita adalah agen perubahan:

Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma’ruf, dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah. Sekiranya Ahli Kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka, di antara mereka ada yang beriman, dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik. [Ali-Imran: 110]

Anda takutkan riya’? Sekiranya apa yang anda takutkan ialah perasan riya'(salah satu syirik kepada Allah s.w.t) sewaktu ingin memulakan perkara-perkara baik tersebut dalam hidup anda, insha-Allah cuba tanamkan dalam fikiran anda bahawa perasaan riya’ ini boleh disembuhkan dari semasa ke semasa. Saya tidak nafikan kemungkinan perasan riya’ ini akan timbul tetapi kita hendaklah melatih diri agar tidak riya’. Usah kerana alasan ini, anda meninggalkan terus amalan-amalan yang baik kerana itu adalah cara berfikir yang salah.

Akhir kalam, apakah yang lebih baik dari….

1. Mendapat hidayah dari Allah s.w.t

2. Mencintai Allah dan rasulNya lebih dari kecintaan sesama makhluk

3. Diberi kefahaman dalam agama ini lalu beramal dengannya.

4. Sentiasa berada dalam bi’ah yang solehah.

Wallahu’alam

Wassalamua’laikum.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

July 2008
M T W T F S S
« Jun   Aug »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  

Categories

Klik di Sini

Blog Stats

  • 24,093 hits
%d bloggers like this: