SyafiqNawawi

Bahtera penyelamat

Posted on: June 11, 2008

Assalamualaikum wrt,

Ada sebuah buku berjudul ‘Bahtera Penyelamat’ karangan Ustaz Fathi Yakan. Saya belum baca lagi buku tersebut dan berharap (baca : berusaha) untuk baca buku tersebut di masa mendatang. Tetapi apa yang saya nukilkan di sini juga berkenaan dengan bahtera penyelamat. Saya pernah juga google ‘bahtera penyelamat’ dan saya mendapati ramai juga menulis tentang bahtera penyelamat.

Apa istimewanya dengan bahtera penyelamat? Saya maksudkan bahtera penyelamat di sini sebagai satu analogi. Sebelum saya membawa anda apa yang cuba saya sampaikan, mari kita hayati dahulu kisah Nabi Nuh a.s.

Kisah nabi Nuh a.s dan anaknya. Nabi Allah Nuh a.s atas perintah Allah membina sebuah bahtera. Itulah dia bahtera penyelamat di kala zaman tersebut. Terkumpul orang-orang beriman dan bermacam-macam pasang haiwan di atasnya. Lalu, bala Allah menimpa seluruh penduduk bumi yang tidak beriman. Termasuk juga anaknys nabi Nuh a.s. Sifat kebapaan yang dikurniakan oleh Allah s.w.t ke atas Nabi Nuh a.s telah menggerakkan hatinya untuk memanggil anaknya yang ketika itu sedang tenggelam timbul dilambung ombak untuk naik keatas bahtera tersebut.

Dan bahtera itu berlayar membawa mereka dalam gelombang laksana gunung. Dan Nuh memanggil anaknya, sedang anak itu berada di tempat yang jauh terpencil: “Hai anakku, naiklah (ke kapal) bersama kami dan janganlah kamu berada bersama orang-orang yang kafir [Huud:42]

Tetapi anak Nabi Nuh a.s tetap bersikeras (baca : bersikap keras) untuk berenang ke arah sebuah gunung.

Anaknya menjawab: “Aku akan mencari perlindungan ke gunung yang dapat memeliharaku dari air bah!” Nuh berkata: “Tidak ada yang melindungi hari ini dari azab Allah selain Allah (saja) Yang Maha Penyayang.” Dan gelombang menjadi penghalang antara keduanya; maka jadilah anak itu termasuk orang-orang yang ditenggelamkan. [Huud:43]


Lalu, Nabi Nuh a.s berdoa kepada Allah s.w.t semoga anaknya diselamatkan oleh Alllah s.w.t dari azab pada hari itu…

Dan Nuh berseru kepada Tuhannya sambil berkata: “Ya Tuhanku, sesungguhnya anakku termasuk keluargaku, dan sesungguhnya janji Engkau itulah yang benar. Dan Engkau adalah Hakim yang seadil-adilnya.”[Huud:45]

tapi Nabi Nuh A.s ditegur oleh Allah s.w.t….

Allah berfirman: “Hai Nuh, sesungguhnya dia bukanlah termasuk keluargamu (yang dijanjikan akan diselamatkan), sesungguhnya (perbuatan)nya perbuatan yang tidak baik. Sebab itu janganlah kamu memohon kepada-Ku sesuatu yang kamu tidak mengetahui (hakekat)nya. Sesungguhnya Aku memperingatkan kepadamu supaya kamu jangan termasuk orang-orang yang tidak berpengetahuan.” [Huud:46]

Alangkah ruginya anak Nabi Nuh a.s kerana tidak menaiki bahtera penyelamat pada hari itu.

Sudah hadam cerita kisah Nabi Nuh a.s ni?

Baik, cuba kita lihat pula suasana dunia pada zaman sekarang ini. Bagaimana dengan pandangan anda? Adakah kita sudah cukup berpuas hati dengan bilangan penduduk islam di muka bumi ini? Kajian dijalankan dan umat islam dikira bilangannya mewakili 1.5 juta daripada 6 juta keseluruhan penduduk bumi (1). Ramai bukan? Tetapi berapa ramai yang betul-betul memahami islam yang syumul (baca: lengkap) dan mengamalkan islam dalam setiap hidupnya sehingga tercermin akhlak-akhlak yang mantap seperti para nabi, sahabat, tabi’-tabi’in? Realiti yang perlu kita sedar ialah sungguhpun kita lahir sebagai seorang islam, tidak secara automatik kita faham islam. Agama islam perlu dipelajari dari semasa ke semasa diikuti dengan amal.

Sistem islam sudah jatuh. Betul ke? Ya, cuba lihat sejarah. Dulu kita di atas, islam menguasai 2/3 dunia. Sekarang, tiada satu tanah pun dimana syariat islam dilaksanakan sepenuhnya apatah lagi empayar islam. Bagaimana dengan umatnya? Lihat sendiri di kawasan anda tinggal.

Kenapa bahtera penyelamat? Adakah lagi bahtera penyelamat seperti di zaman Nabi Nuh a.s dulu? Ya, ada lagi. Seperti yang saya katakan di awal tadi, ia adalah satu analogi. Laut bergelora, ombak menelan sesiapa sahaja adalah diibaratkan seperti keadaan manusia yang hilang arah, yang melakukan kerosakan demi kerosakan, yang melakukan maksiat juga menyeru yang lain ke arah maksiat kepada Allah. Termasuk juga umat islam yang hilang arah disebabkan jatuhnya sistem mereka dan mengikut golongan manusia ini.

Masih adakah kapal atau bahtera penyelamat? Ya, ada lagi. Tetapi bukanlah bahtera yang dapat dilihat dan dipegang dalam realiti. Ia adalah dibaratkan dengan segolongan umat islam yang beriman yang tetap berpegang teguh dengan islam dan janji-janji tuhan mereka dan mengajak ke arah kebaikan dan pembaikan.

Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma’ruf dan mencegah dari yang munkar ; merekalah orang-orang yang beruntung. [Ali Imran: 104]

Arus jahiliyah (lawan: islam) sangat laju dan kompleks. Maka segeralah kita mencari bahtera tersebut dan menaikinya iaitu dengan bersama-sama bergabung dengan segolongan manusia ini juga menyeru yang lain untuk bergabung bersama. Agar kita selamat dan tidak ditelan ombak dan lautan yang bergelora. Insya-Allah bahtera penyelamat akan berlabuh satu hari nanti. Iaitu di syurga yang hakiki.

Kita akan hanyut dan tenggelam seperti anak Nabi Nuh a.s jika:

  1. Kita tidak berusaha berpaut (baca juga: cari) pada mana-mana bi’ah (baca: suasana) yang membawa ke arah kebaikan
  2. Kita lalai dan leka dan hanya mengikut hawa nafsu kita sahaja
  3. Kita bersikap sombong apabila ada ajakan-ajakan kepada perkara-perkara kebaikan
  4. Kita hanya berpada pada kebaikan kita yang kita ada dan lakukan sekarang dan tidak bercita-cita untuk menggapai matlamat yang tinggi (cth, syurga firdaus)
  5. Kita malas

Persoalan terakhir yang saya cuba tanyakan kepada diri saya dan anda:

Sudahkah kita menjumpai bahtera penyelamat kita sekarang?

Wassalam

(1) Sumber didapati daripda khutbah Jumaat di Melbourne University. Sekiranya anda menjumpai sumber-sumber yang diyakini tentang bilangan ini maka bolehlah berkongsi dengan saya.

1 Response to "Bahtera penyelamat"

[…] yang saya nyatakan dalam post saya sebelum ini (‘bahtera penyelamat‘) iaitu sungguhpun kita lahir sebagai seorang islam, tidak secara automatik […]

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

June 2008
M T W T F S S
    Jul »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
30  

Categories

Klik di Sini

Blog Stats

  • 24,093 hits
%d bloggers like this: