SyafiqNawawi

Ramadhan dan analoginya

Posted on: August 20, 2008

Assalamua’laikum wrt…

Alhamdulillah, beberapa detik lagi kita akan memasuki gerbang bulan Ramadhan, di kala waktu Maghrib. Gembiranya hati orang-orang yang beriman di zaman ini menanti ketibaan Ramadhan sepertimana sikap ternanti-nanti akan Ramadhan yang pernah ditunjukkan oleh generasi terbaik yang pernah dilahirkan di dunia ini iaitu generasi para sahabat. Doa yang diajarkan oleh Nabi Muhammad s.a.w telah dipohonkan seawal dua bulan lagi.

When the Prophet (salAllahu alayhi wasalam) sighted the moon of Rajab (two months before Ramadan) he used to pray to Allah in the following words:

اَللّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِى رَجَبَ وَ شَعْبَانَ وَ بَلِّغْنَا رَمَضَان

Allahumma barik lana fi Rajab wa Sha’ban wa ballighna Ramadan

O Allah! Make the months of Rajab and Sha’ban blessed for us, and let us reach the month of Ramadan (i.e. prolong our life up to Ramadan, so that we may benefit from its merits and blessings)
[Narrated by at-Tabarani and Ahmad]

Sekali lagi bersyukur ke hadrat Ilahi, di antara hamba-hambanya yang beriman, kita antara yang terpilih untuk menemui Ramadhan kali ini, Ramadhan 1429H. Ada yang sudah pergi sebelum sempat menjumpai Ramadhan, semoga ruh-ruh mereka dilimpahi rahmat Allah s.w.t.

Analogi

Allah s.w.t menciptakan pelbagai makhlukNya dimuka bumi ini, tidak lain adalah untuk manusia berfikir akan ke-Maha Agung KekuasaanNya. Manusia diciptakan berakal, dan akal tujuannya untuk berfikir. Umum tahu, orang yang kurang berfikir, sempit kehidupannya. Kefahaman datang apabila manusia mula belajar, berfikir dan menyoal diri sendiri. Lihat alam, lihat segala benda-benda hidup yang wujud di dalamnya, mereka semua diciptakan ada hikmah (baca: tujuan) nya. Kehidupan makhluk-makhluk ini boleh diambil pengajaran oleh manusia sekiranya mereka berfikir. Contohnya, bagaimana semut rajin bekerja, bagaimana lebah bekerjasama dalam mendapatkan madu, bagaimana ibu-ibu burung keluar seawal pagi dengan pulang tidak dengan tangan kosong di sebelah petangnya untuk menyuapi anak-anaknya di sarang. Inilah analogi (baca: perumpamaan) kehidupan. Analogi membolehkan manusia memahami sesuatu perkara dengan mudah. Saya suka difahamkan dengan analogi. Bagaimana dengan anda?

Ramadhan dan analoginya

Bagaimana pula dengan Ramadhan? Adakah analogi untuk dikaitkan dengannya agar saya mudah faham tujuan kehadiran bulan ini? Alhamdulillah, 2 tahun lepas, saya memperoleh analogi berkaitan Ramadhan daripada seorang sahabat di dalam kuliah Ramadhan. Alkisahnya begini…

Kita ambil contoh ulat beluncas. Setelah telur menetas, maka keluarlah seekor ulat beluncas yang comel. Ulat beluncas ini akan giat makan untuk membesarkan diri. Hampir-hampir sahaja pokok yang didiaminya botak tidak berdaunan. Sampai satu peringkat ulat beluncas sudah cukup besar dan matang, maka tibalah masanya untuk ulat beluncas itu menjadi kepompong. Kepompong adalah satu proses yang lama. Perubahan demi perubahan berlaku semasa dalam proses kepompong. Setelah, benar-benar matang kepompong pecah, lalu keluarlah seekor rama-rama yang cantik. Bukan sahaja cantik bahkan boleh terbang! Subhanallah.

Begitulah diumpamakan kita sebelum Ramadhan , tidak diwajibkan berpuasa. Giatnya makan diumpamakan dengan giatnya kita membuat persiapan sebelum menjelang Ramadhan. Pelbagai persiapan dari sudut rohani, mental dan fizikal. Termasuk didalamnya persiapan-persiapan seperti memperbanyakkan puasa sunat, tadarus Al-Quran, qiyamulail, menulis matlamat-matlamat yang ingin dicapai di dalam Ramadhan seperti solat terawih penuh 30 hari serta juga menghias rumah sempena menyambut ketibaan Ramadhan dan yang lebih penting lagi taubat dari segala dosa. Semoga kita memasuki Ramadhan dengan putih, bersih lagi suci.

Kemudian, fasa kepompong dimana kita memperbaiki diri dengan memperbanyakkan amalan mendekatkan diri kepada Allah s.w.t. Bukan sahaja menahan dari lapar dan dahaga, bahkan pandangan kita, tutur kata kita, perlakuan kita, kita jaga dengan sebaik mungkin. Segala ganjaran yang telah disebutkan di dalam hadith kita cuba kutip sepenuhnya seperti memberi makan kepada orang yang berbuka. Kita seolah-olah masuk ke suatu madrasah (baca: sekolah) dimana kita cuba mendidik diri kita agar memenuhi ciri-ciri pemuda atau pemudi yang bertaqwa dan berakhlak mulia . Suatu fasa yang amat kritikal.

Setelah bertungkus-lumus selama sebulan, maka keluarlah kita daripada madrasah Ramadhan dengan penuh ketaqwaan. Selaras dengan dalil dan tujuan pengsyariatan puasa:

Al-Baqarah : 183

Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa [Al-Baqarah :183]

Ibarat seekor rama-rama yang cantik. Segala-galanya indah dari pelbagai segi, baik dari sudut keimanan dan ketaqwaan mahupun akhlak islamiah dan insaniahnya. Pagi Syawal kita sambut dengan penuh bertenaga dan takbir yang penuh rasa kemenangan sepertimana suatu ketika dahulu pernah dunia ini bergema dengan takbir para pejuang Badar Kubra setelah kemenangan di medan perang Badar dan tahun pertama menjalani pengsyariatan puasa.

Akhir kalam, selamat menyambut Ramadhan dan menjalani ibadah puasa. Semoga kita menjadi orang yang bertaqwa dan tergolong didalamnya sehingga akhir hayat. Didoakan semoga dipanjangkan hayat sepanjang Ramadhan dan menyambut hari raya dengan takbir kemenangan!!!

Wassalam

7 Responses to "Ramadhan dan analoginya"

khabar baik la BSK, bila nak balik sini pakcik….heheheh…pakai lagi komputer saya nak wat komen…skang dah kene hack…

alhamdulillah, syukran atas perkongsian ni… saya pun suka analogi juga…. 😀

Salam…Best2! Mabruk ramadhan!! =)

jazakallahu khayr, akhi…=P

[…] Berdasarkan senario yang berlaku, penulis secara tidak langsung melihat dengan kehadiran Ramadhan ini, sahabat-sahabat muslim kita dilihat akan terbahagi kepada beberapa jenis. Yang pertama, golongan yang sememangnya tidak mengambil endah langsung dengan kehadiran Ramadhan. Baginya, sama sahaja Ramadhan atau September. Seterusnya, ada di antara sahabat kita yang meletakkan Ramadhan sebagai adat. Sama sahaja Ramadhan di Malaysia atau di sini. Siang hari kita puasa, lepas tu sediakan juadah berbuka dan kemudian pada malamnya kita berterawih. Maka penulis tidak dapat menafikan bahawa bagi golongan ini, sama sahaja Ramadhan pada setiap tahun. Sekadar adat atau ritual semata. Golongan ketiga yang lebih suka penulis ceritakan adalah terdapat SEGELINTIR yang begitu bersemangat menerima kehadiran Ramadhan. Mereka secara pro-aktif menyusun dan merancang program yang akan meningkatkan amal ibadah + amal baik dan meninggalkan amalan buruk semata-mata untuk menyambut Ramadhan. Teringat penulis tentang ‘enthusiasm’ sahabat-sahabat Rasulullah r.anhum ketika menyambut Ramadhan. Ada di kalangan kita yang berusaha sehabis baik untuk Ramadhan kali ini seolah-olah inilah Ramadhan mereka yang terakhir. Buat golongan yang ke-3 ini, penulis mendo’akan agar dengan niat yang ikhlas dan ingin mendapatkan ganjaran, langkah ini akan terus kekal. Kepada golongan pertama, masih ada separuh masa ke-2 untuk membetulkan kembali apa yang telah terlanjur. Dan kepada golongan ke-2 yang merangkumi kebanyakan masyarakat muslim sedunia, sedarlah kembali tujuan sebenar kita dikurniakan Ramadhan. Jika setakat ingin mendapatkan keampunan sahaja, cuba kita fikirkan lebih jauh daripada itu, iaitu sebagai mekanisme perubahan kepada kita yang baru dan lebih bagus. […]

Leave a reply to ibadmenulis Cancel reply

August 2008
M T W T F S S
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031

Categories

Klik di Sini

Blog Stats

  • 26,887 hits