SyafiqNawawi

Satu perlumbaan

Posted on: July 3, 2008

Assalamua’laikum wrt,

Hari Selasa yang lalu, saya telah pergi keluar bersiar-siar bersama beberapa orang rakan dari New Castle, NSW. Kami ke Jells Park. Jells Park adalah sebuah taman di Dandenong yang terletak di penghujung jalan Waverly Road. Kami berbarbeque bersama. Yang menariknya, barbeque taman ini menggunakan kayu api sebagai bahan bakar, tidak seperti di taman-taman lain di sekitar Australia yang menggunakan elektrik. Burung-burung (saya hanya kenal Kookaburra) dan itik-itik di tasik taman ini kekenyangan kerana kami memberi mereka makan🙂 . Lanskap dan struktur taman ini telah dirancang dan dibina 30 tahun yang lalu. Betapa kita dapat melihat orang-orang yang masih belum islam ini menghargai alam sekitar. Keindahan dan keselesaan taman ini masih dapat dirasai sehingga ke hari ini kerana mereka tegar menjaganya. (Dah lame tak menulis karangan🙂 )

Sedar atau tidak, setiap detik dalam kehidupan kita, kita pelajari islam secara informal

Tiba waktu Asar, kami solat di Beddoe Mosque. Saya dapat tahu dari kawan saya, di Beddoe Mosque, sesiapa yang handphonenya berdering ketika solat akan didenda AUD40. AUD40 ≈ RM120, banyak tu! Jadi, sesiapa yang nak solat di Beddoe Mosque, bersegeralah mematikan ‘harpe‘ (bahasa indonesia) anda jika tidak mahu didenda. Alhamdulillah kita belajar satu langkah positif untuk mendidik para jemaah tentang kepentingan khusyu’ dalam solat .Ada satu lagi perkara menarik yang saya belajar pada hari itu, apakah perkara tersebut?

Selesai solat, tok imam segera memusingkan badannya ke arah makmum. Sepertinya, ada sesuatu yang hendak ia perkatakan. Ya, memang betul! Tok Imam tersebut ingin menegur sikap sebahagian besar umat islam di zaman ini. Berkenaan dengan sikap ‘tolu’ (tolak orang dulu). Pada hari tersebut terdapat dua situasi yang mewujudkan teguran terhadap sikap ini:

1. Siapa yang hendak mengumandangkan azan

2. Siapa yang hendak mengisi saf didepan.

Kita sering mendengar…

Untuk azan,

Person 1 : Have anyone called the azan?”

Person 2 : “Not yet.”

Person 1 : So, you go call the azan”

Untuk saf didepan atau menjadi imam,

Person 1 : “Brother! You go first!”

Person 2 : “Brother! You go first!”

Person 3 : “Brother! You go first!”

Sikap yang tidak benar

Tok Imam tersebut menegur bahawa sikap ini adalah tidak benar dan perlu diubah. Sepatutnya didalam hal-hal kebaikan dan mendapat pahala kita berlumba-lumba melakukannya.

Sesungguhnya orang yang berbakti itu benar-benar berada dalam kenikmatan yang besar (syurga), mereka (duduk) di atas dipan-dipan sambil memandang. Kamu dapat mengetahui dari wajah mereka kesenangan mereka yang penuh kenikmatan. Mereka diberi minum dari khamar murni yang dilak (tempatnya), laknya adalah kesturi; dan untuk yang demikian itu hendaknya orang berlomba-lomba. {Al-Muthaffifin:22-26]

Ganjaran

(Segala penyampaian tok imam pada hari itu penuh hikmah, mungkin bahasa yang saya gunakan di sini agak kasar,maafkan saya.)

Tok Imam bertanya kepada makmum : “Apakah ganjaran bagi orang yang solat di saf pertama?”

Ada beberapa orang makmum menjawap tetapi hanya seorang yang jawapannya betul iaitu paling hampir dengan Allah s.w.t dan lebih mudah memperoleh rahmatNya. Ini berdasarkan hadith Rasulullah s.a.w:

Riwayat Jabir bin Samurah yang berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: ”Tidakkah kamu berbaris sebagaimana saf para malaikat di sisi Tuhan-Nya?” Kami bertanya: “Ya Rasulullah, bagaimanakah saf mereka di depan Tuhan?” Jawab Nabi: “Menyempurnakan barisan pertama dan rapat benar dalam barisan.” (Riwayat Muslim)

Ada banyak ganjaran untuk solat di saf pertama sebenarnya.

Imam mengkritik : “Disebabkan kamu tidak tahu ganjarannyalah, kamu tidak berlumba-lumba untuk merebut saf pertama!”

Seorang makmum bangkit bertanya imam : “Apakah ganjaran lain?”

Tok imam bertanya kembali kepada makmum : “Apakah lagi ganjarannya?”

Malangnya tiada siapa dapat menjawap dengan betul.

Tok imam mengakhiri : “Kamu carilah sendiri, kerana itu lebih cepat untuk kamu menanggapinya.”

Sekembalinya saya ke rumah, saya cari semula kelebihan-kelebihan solat di saf pertama. Nah!:

1. Rasulullah memohon keampunan buat mereka di saf pertama sebanyak tiga kali.

Daripada ‘Irbadh bin Sariyah bahawa Rasulullah memohon keampunan bagi mereka yang berada di saf pertama tiga kali dan untuk saf kedua hanya sekali. (Riwayat Ibnu Majah)

2. Allah dan para malaikat-Nya berselawat kepada mereka yang berada di saf-saf paling hadapan.

Daripada Abu Umamah berkata bahawa Rasulullah bersabda: “Sesungguhnya Allah dan para Malaikat-Nya berselawat kepada orang-orang yang berada di saf pertama.” Para sahabat bertanya: “Ya Rasulullah, bagaimana dengan saf kedua.” Baginda bersabda: “Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat kepada orang-orang yang berada di saf pertama.” Para sahabat bertanya lagi: “Ya Rasulullah, bagaimana dengan saf kedua.” Rasulullah menjawab: “Ya, juga saf kedua.” (Riwayat Ahmad).

Kekeliruan

Ketika tok imam hendak beredar dari masjid. Seorang makmum mengejarnya untuk memberitahu::

“Actually, I did that to show my generosity to my brother, to give him chance to get rewards from Allah.”

Tetapi tok imam membidas (baca: menyanggah) bahawa cara berfikir seperti ini adalah salah. Ini adalah kerana ia melibatkan persoalan ganjaran yang besar di akhirat kelak dan ia termasuk hasad dengki yang dibolehkan. Dia menambah, sekiranya hanya terdapat satu tempat kosong di hadapan maka hendaklah berlumba-lumba mendapatkannya hinggakan cabutan undi dijalankan untuk menentukan siapa yang dapat maju ke hadapan.

Andaikata manusia mengetahui apa yang ada di dalam panggilan azan dan memenuhi saf paling depan, kemudian mereka tidak berjaya mendapatkannya (saf paling depan itu) kecuali jika mereka berlumba untuk mendapatkannya, pasti mereka akan berlumba. (Riwayat Bukhari).

dan dibelakangkan (baca: tidak dipedulikan) oleh Allah adalah satu kerugian…

Daripada Abu Sa’id al-Khudri bahawa Rasulullah melihat ada sebahagian sahabatnya yang tidak mahu maju ke saf pertama, maka baginda bersabda: Majulah dan ikutilah saya, sedangkan orang-orang di belakang harus mengikutimu pula! Sesuatu kaum yang selalu suka di belakang, tentu akan dibelakangkan pula oleh Allah. (Riwayat Muslim).

Perkara-perkara yang tidak ‘cool’

Adalah tidak cool jika anda…

  1. Berebut saf belakang untuk bersandar dengan selesa seperti di tiang-tiang atau di dinding masjid, berdekatan dengan kipas dan pintu supaya dapat cepat keluar setelah selesai bersolat.
  2. Datang awal ke masjid tetapi berborak dahulu di luar masjid sambil menghisap rokok.

Wallahua’lam

Wassalam

6 Responses to "Satu perlumbaan"

Assalamualaikum akhi. entri yg sgt menarik. tak ramai yg tau akan perkara ini. In sha’ Allah, kite boleh sebar2kan ilmu ini. Jazkallahu khayran kathira akhi..=P

Waiyyakum. Cepat2 sebarkan🙂

Assalamualaikum…entri yg byk manfaat…byk manusia yg tahu tp masih xnak rebut peluang…In sha’ Allah semoga kita tidak tergolong dlm golongan yg rugi…

saya sgt bersetuju. lepas ni ramai la ‘pesaing’ saya utk merebut saf depan. isk3..😀 insyaAllah, usaha yg dikira, bukan hasilnya.

Salam. Sejuk hati membaca post ini.

[…] Kedua : Mertua Aiman sanggup datang jauh demi mengahwinkan anak mereka walhal mereka boleh menunggu sehingga summer ini yang lebih kurang lagi 5 bulan, tetapi mereka memilih menyegerakan kerana mereka memandang hal ini baik dan perlu disegerakan. Berlumba-lumba dalam hal kebaikan (sila rujuk ‘satu perlumbaan‘) […]

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

July 2008
M T W T F S S
« Jun   Aug »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  

Categories

Klik di Sini

Blog Stats

  • 24,093 hits
%d bloggers like this: