SyafiqNawawi

Puisi dan senihati 2

Posted on: June 13, 2008

Assalamua’laikum wrt,

Seorang rakan menegur,

“Wah! Cepatnya update?”

Saya terkesima (baca: terfikir sejenak). Ya, tak ya juga. Sekarangkan musim peperiksaan? Kita kena pandai mengutamakan apa yang utama. Mengulangkaji adalah prioriti di masa sekarang ni. Bagus betul kawan saya tu. Hidup ini kita kena saling tegur-menegur. Kalau tidak, kita sama-sama tersasar. Saya mencuri masa sedikit di selang masa mengulangkaji. Dua puisi ini saya jumpa diselang masa yang tidak jauh. Jadi, saya bertindak update sekaligus.

Puisi dan senihati 2

Isteriku seorang artis…

Malangnya isterimu seorang artis
Dia sentiasa sibuk, jadualnya padat
Dia tiada masa untukmu

Ada latihan, ada ‘shooting’, ada promosi
Ada ‘show’, ada ‘meeting’, ada ‘dinner’
Tinggallah engkau bersama anak-anak

Malangnya isterimu seorang artis
Ke mana-mana pergi dia jadi perhatian orang
Kalau berjalan bersama,
engkau disangkakan drebar ataupun ‘bodyguard’
Dia lebih sibuk tandatangan autograf
Lebih sibuk membalas ‘hello’ dan lambaian peminat
Daripada mendengar perkataan-perkataanmu


Malangnya isterimu seorang artis
Di mata umum dan di pentas
Wajah dan tubuhnya disolek
Senyumnya tidak putus berjam-jam demi menjaga peminat
Tapi di rumah…
Mana kawan nak ‘make-up’
‘Make-up’ saja sudah satu jam
Padahal dia balik ke rumah hendak berehat
Mana kawan hendak senyum

Kan tadi sudah memaksa senyum dua tiga jam depan televisyen?
Tentulah lenguh otot-otot muka dan minda
Maka buruklah mukanya di rumah
Cantik dan senyumnya untuk orang
Buruk dan letihnya untukmu
Padahal engkau suaminya

Malangnya isterimu seorang artis
Peminat menonton seluruh tubuhnya
Peminat bercerita tentang ‘perhiasan-perhiasannya’

Ada bahagian yang dipuji dan ada bahagian yang dikeji
Padahal suami memiliki kesemua perhiasan isteri
Yang engkau pula, dengan orang ramai terpaksa berkongsi
Apakah engkau tidak terkilan di hati?

Malangnya isterimu seorang artis
Di depan lensa dia berlakon pelbagai watak

Ada watak yang sopan ada watak yang tidak bermaruah
Filem mahukan dia bersentuhan dengan lelaki,
dia kena lakukan
Filem mahu dia berlakon adegan atas katil bersama lelaki lain,
melakonkan watak mama dan papa,
dia kena lakukan
Filem mahu dia beraksi sebagai mangsa yang sedang ataupun cuba dirogol
Dia kena lakukan
Wah, isterimu jadi hidangan ramai rupanya

Malangnya isterimu seorang artis
Wangnya banyak pengaruhnya besar
Dia lebih kaya daripadamu, engkau di bawah telunjuknya
Wang hasil pekerjaannya itu diberi makan anak-anak
Engkau yakinkah halalnya, berkatnya?

Malangnya isterimu seorang artis
Dia pujaan ramai
Anak-anak lebih berbangga dengannya berbanding denganmu
Dialah hero mereka, bukan engkau
Dia dilihat lebih berjaya daripada engkau
Maka anak-anak lebih mendengar cakapnya
Lebih sayang kepadanya
Dia idola mereka
Mereka pun bercita-cita nak jadi sepertinya
Aduh…

Malangnya isterimu seorang artis
Dosanya bertabarruj di khalayak ramai
dia tanggung engkaupun tanggung
Jika dia bertaubatpun suatu hari nanti
Kalian tetap akan berasa terkilan dan tidak senang duduk
Kerana media masih menayangkan filem-filem lakonannya
Lagu-lagu nyanyiannya
Ketika dia tidak menutup aurat dulu.
Anak cucu cicit akan terus melihat aib isterimu

Malangnya…
Isterimu seorang artis

(diambil dari blog ‘ Muntalaq’ )

Wassalam

4 Responses to "Puisi dan senihati 2"

hehe. tak sangka ada syafiqnawawi dot wordpress ye. akhirnya jumpa setelah dibuat status. selamat berjuang…

alhamdulillah…. salam syg dr seberang jalan😀

Salam ukhwah, bertambah lagi blog islami..moga itiqamah Syafiq Nawawi =)

Salam ukhwah, bertambah lagi blog islami..moga istiqamah Syafiq Nawawi =)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

June 2008
M T W T F S S
    Jul »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
30  

Categories

Klik di Sini

Blog Stats

  • 24,093 hits
%d bloggers like this: