SyafiqNawawi

Puisi dan senihati 1

Posted on: June 13, 2008

Assalamua’laikum wrt,

Saya bukanlah seorang yang pandai berpuisi. Tetapi saya amat menghargai puisi apabila puisi itu mengandungi mesej. Di zaman Rasulullah s.a.w, ada beberapa orang musyrikin Mekah pandai berpuisi. Kata-kata mereka ini sangat hebat, memukau, dan diterima umum. Tuduhan-tuduhan kepada Nabi Muhammad s.a.w seperti ‘Muhammad gila‘, ‘ahli sihir’ dan sebagainya juga melalui mereka. Mereka boleh diibaratkan seperti radio, T.V dan internet di zaman sekarang ini. Al-Quran turun mengatasi kehebatan puisi-puisi ciptaan mereka.Gaya bahasa Al-Quran lagi hebat. Cuba baca, hayati (baca : tadabbur) dan perhatikan gaya bahasa beberapa surah dalam Juzu’ 30. Indah bukan? Begitulah hakikatnya, kerana pemilik segala kata-kata adalah Allah s.w.t.

Puisi dan senihati 1

Wanita Solehah…
Wanita solehah itu aurat dijaga,
Pergaulan dipagari,
Sifat malu pengikat diri,
Seindah hiasan di dunia ini.
Keayuan wanita solehah itu,
tidak terletak pada kecantikan wajahnya,
Kemanisan wanita solehah,
tidak terletak pada kemanjaannya,
Daya penarik wanita solehah itu,
Bukan pada kemanisan bicaranya yang mengoncang iman para muslimin,
Dan bukan pula terletak pada kebijaksanaannya bermain lidah, memujuk
rayu,
Bukan dan tidak sama sekali.
Kepetahan wanita solehah,
Bukan pada barang kemas atau perihal orang lain,
Tapi pada perjuangannya meningkatkan martabat agama.
Nafsu mengatakan wanita cantik dengan paras rupa yang indah bak
permata yang menyeri alam,
Akal mengatakan wanita cantik atas kemajuan dan kekebalannya dalam
ilmu serta pandai dari segala aspek ,
Hati menyatakan kecantikan wanita hanya pada akhlaknya,
Itupun seandainya hati itu bersih untuk menilai.
Wahai wanita jangan dibangga dengan kecantikan luaran,
Kerna satu hari nanti ianya akan lapuk di telan zaman,
Tetapi jaga dan peliharalah kecantikan dalaman ,
Agar diri ini bersih dan sentiasa mendapat Rahmat Ilahi,
Wahai wanita jangan berbangga dengan ilmu duniawi yang kau kuasai ,
Kerna ada lagi manusia yang lebih berpengetahuan darimu ,
Wahai wanita jangan pula berdukacita atas kekurangan dirimu,
Kerna ada lagi insan yang lebih malang darimu.
Wahai wanita solehah jangan dirisau akan jodohmu,
Kerana muslimin yang bijaksana itu tidak akan terpaut pada wanita
hanya kerana kecantikannya ,
Bersyukurlah diatas apa yang ada,
Serta berusaha demi keluarga, bangsa dan agama.

(dihantar oleh seorang sahabat. Moga Allah berikan ganjaranNya kepada penulis)

ihsan dari seni-kehidupan

Wassalam

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

June 2008
M T W T F S S
    Jul »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
30  

Categories

Klik di Sini

Blog Stats

  • 24,093 hits
%d bloggers like this: