Assalamu’alaikum wrt,
Sungguh menghairankan! Begitulah yang saya dapat untaikan berkenaan dengan fenomena kebanjiran blog sejak akhir-akhir ini. Ramai rakyat Malaysia berminat untuk menulis dan mempunyai blog sendiri. Bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan. Blogspot? WordPress? Blogdrive? you name it. Menteri-menteri juga digalakkan untuk mempunyai blog sendiri walaupun kita sedia maklum zaman kepesatan penggunaan teknologi komputer dan internet berlaku bukan di zaman mereka. Ibu saya juga berminat untuk mempunyai blog sendiri
.
Untuk apa menulis?
Antara sebab mengapa saya terpanggil untuk menulis blog adalah berkenaan dengan tujuan penulisan blog. Saya dapati banyaknya blog-blog yang ditulis sekadar ’suka-suka’ tanpa tujuan, yang lebih bersifat membuang masa. Lebih mendukacitakan lagi, tidak kurang juga orang islam menulis blog, menceritakan pengalaman mereka memaksiati Allah dan Rasulullah s.a.w tanpa segan-silu dan malu dan mungkin tanpa kesedaran lantaran kejahilan mereka sendiri. Sangat membahayakan kerana mereka ini boleh membentuk pola berfikir kepada sesiapa yang membaca bahawa apa yang mereka lakukan adalah ‘ok’ dan ‘tiada apa salahnya’. Terbalik, mereka amar mungkar nahi ma’ruf dan menjadi tentera-tentera syaitan tanpa mereka sedari. Juga blog yang ditulis sebagai medium perdebatan. Debat sana, debat sini, salahkan orang itu, salahkan orang ini yang akhirnya tidak membawa kemana bahkan memecah-belahkan masyarakat dan umat yang bersatu.
Blog islami
Sedikit. Masih kurang lagi orang menulis ke arah menceritakan keindahan islam jika dibandingkan dengan jenis-jenis blog yang saya ceritakan di atas. Sekiranya anda ingin memulakan penulisan blog fikirkanlah ‘untuk apa anda menulis?’. Serulah ke arah kebaikan, insha-Allah anda akan mendapat saham dari orang yang melakukannya dan kita takuti yang sebaliknya. Di bawah ini saya bawakan beberapa blog-blog yang menarik.
Nasihat
Terlalu banyak blog, timbul masalah baru iaitu banyak masa dihabiskan untuk membaca blog pula. Oleh itu :
Maka bertanyalah kepada orang yang mempunyai pengetahuan jika kamu tidak mengetahui [An-Nahl :43]
Wallahu’alam
August 7, 2008 at 9:49 pm
limitkan juga setelah baca satu blog, hanya dibenarkan menekan 2 link maximum selepas blog tu.hehe