Posted by: assyifa_i on: July 1, 2008
Assalamua’laikum wrt,
Setiap manusia menginginkan yang terbaik. Kadangkala kita berasa cemburu apabila ada orang lain mendapat sesuatu yang lebih baik dari kita. Rata-rata pembaca blog saya ini (yang saya maksudkan adalah anda!) mempunyai sesuatu yang terbaik. Tetapi sedarkah kita apakah ia? Sila saksikan sedutan klip video di bawah ini:
Alhamdulillah saya dan anda telah dilahirkan islam. Cuma apa yang kurang pada kita adalah berasa ‘izzah (baca : berasa tinggi) dengan islam. Bagaimanakah caranya kita untuk berasa ‘izzah dengan islam? Mungkin sebahagian dari kita berasa malu (baca :segan) untuk mempamerkan kesolehan dan kebaikan kita. Antara perkara-perkara baik yang kita inginkan contohnya seperti:
Tetapi keinginan-keinginan yang hebat ini disorokkan atau dipendamkan kerana kita berada di dalam satu kelompok atau bi’ah (baca : suasana) rakan-rakan yang kurang berminat dengan islam ataupun juga berada di dalam dilema yang sama seperti kita.
Adalah lebih malang lagi, apabila:
Hal ini terjadi adalah disebabkan oleh diri kita yang lemah dan juga secara fitrahnya kita ingin rasa kebersamaan dengan rakan-rakan kita. Selalunya rasa kebersamaan ini diraih dengan melakukan apa sahaja yang dilakukan oleh satu kelompok itu. Secara ringkasnya, kita lakukan apa sahaja asalkan kita diterima oleh rakan-rakan kita. Kita tidak berani melakukan suatu kelainan kerana takut disisihkan. Jika kelompok rakan kita melakukan perkara baik, kita ikut, alhamdulillah, tetapi jika sebaliknya, amatlah rugi.
Apakah tindakan kita yang sebetulnya? Pertamanya, saya ingin tekankan ialah keinginan-keinginan anda yang baik itu adalah hebat.Sangat-sangat hebat kerana amalan-amalan tersebut mendekatkan diri anda kepada Allah s.w.t. Jadi, anda harus mulakan dengan tindakan melakukannya sedikit demi sedikit. Siapa tahu rakan anda bakal terkesan dengan tindakan anda. Siapakah pemilik hati manusia? Sudah tentu jawapannya ialah Allah s.w.t. Kita adalah agen perubahan:
Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma’ruf, dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah. Sekiranya Ahli Kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka, di antara mereka ada yang beriman, dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik. [Ali-Imran: 110]
Anda takutkan riya’? Sekiranya apa yang anda takutkan ialah perasan riya’(salah satu syirik kepada Allah s.w.t) sewaktu ingin memulakan perkara-perkara baik tersebut dalam hidup anda, insha-Allah cuba tanamkan dalam fikiran anda bahawa perasaan riya’ ini boleh disembuhkan dari semasa ke semasa. Saya tidak nafikan kemungkinan perasan riya’ ini akan timbul tetapi kita hendaklah melatih diri agar tidak riya’. Usah kerana alasan ini, anda meninggalkan terus amalan-amalan yang baik kerana itu adalah cara berfikir yang salah.
Akhir kalam, apakah yang lebih baik dari….
1. Mendapat hidayah dari Allah s.w.t
2. Mencintai Allah dan rasulNya lebih dari kecintaan sesama makhluk
3. Diberi kefahaman dalam agama ini lalu beramal dengannya.
4. Sentiasa berada dalam bi’ah yang solehah.
Wallahu’alam
Wassalamua’laikum.
Recent Comments