SyafiqNawawi

Assalamua’laykum wrt,

Saya pernah membaca satu ungkapan daripada sebuah buku program yang saya hadiri tidak berapa lama dahulu.

Bunyinya begini,

“Sesungguhnya islam tidak akan tertegak di atas runtuhan jahiliyyah”

.

.

.

*Pelik*

.

.

.

.

*Bingung*

.

.

.

.

Sepertinya ada yang tidak kena. Silap saya juga, tidak bertanyakan kepada orang yang tahu. Lama juga saya pendam (fikir).

.

.

.

.

*3 tahun*

.

.

.

.

.

*Lama juga tue*

.

.

.

.

Akhirnya saya jumpa ungkapan yang sebetulnya (setelah lama berfikir). Bunyinya sepatutnya begini,

“Sesungguhnya islam tidak akan tertegak diatas runtunan jahiliyyah”

.

.


*runtunan bukan runtuhan*

.

.

.

runtunan = deretan,rantaian,jajaran (perkataan yg bermaksud panjang atau banyak dan bertapak kukuh (sila rujuk kamus dewan))

Moral of the story:

1. Hati-hati mengungkap/menulis sesuatu. Takut-takut mengelirukan orang. Lakukan semakan terlebih dahulu.

2. Segera bertanya jika konfius/keliru.

Ya, islam tidak akan tertegak sekiranya jahiliyyah masih bertapak kukuh. Kata-kata Al-Imam Al-Ma’mun Hudhaibi (Mursyidul-Am Ikhwan ke-2) masih segar dalam ingatan.

“Tegakkanlah islam dalam dirimu, nescaya ia akan tertegak di bumi kamu berpijak”

Adakah masih ada jahiliyyah dalam diri kita???

Jahiliyyah menghambat jiwa-jiwa mukmin. Menghambat jiwa-jiwa ini dari bebas terbang.

Lepaskan jiwa-jiwa ini agar ianya bebas terbang semula. Laksana bebasnya seekor burung berterbangan di langit biru bertasbihkan pencipta-Nya.

As free as a bird

Wassalam


Risau

Posted on: March 28, 2009

Assalamua’laykum wrt,

Sudah lama saya tidak menulis di ruangan ini. Sebagai permulaan atau apa orang kata ‘kickstart’ untuk tahun ini, saya ingin mengulas sedikit berita yang saya baca pada pagi ini, ianya benar-benar menggusarkan hati saya. Sila baca petikan artikel Berita Harian (Sabtu, 28 Mac 2009) di bawah:

Puteri pecut dilarang berlari kerana pakaian ketat

PULAU PINANG: Seorang ahli perniagaan terkejut dengan tindakan sebuah sekolah menengah di Gelugor di sini yang melarang anak perempuannya menyertai acara sukan kerana memakai seluar getah ketat dan t-shirt.

Mohamad Asrul Rashid Mohd Ikbal, 36, berkata anaknya, Baizura, 13, tidak dibenarkan menyertai acara larian dalam olahraga Sekolah Menengah Kebangsaan Haji Mohd Nor Ahmad kerana tidak memakai pakaian sukan seperti yang diarahkan.

Mohamad Asrul berkata, anaknya menyatakan guru sukan di sekolah itu telah memintanya dan dua lagi rakannya memakai t-shirt, seluar trek dan tudung jika ingin terus menyertai acara tersebut.

Baizura pernah terpilih sebagai olahragawati sekolah selama tiga tahun berturut-turut semasa belajar di Sekolah Kebangsaan Bukit Gelugor.

“Dia juga pernah dianugerahkan puteri pecut sekolah itu,” kata Mohd Asrul.

Beliau berkata, dalam perbincangan dengan pihak sekolah hari ini, guru sukan dan pengetua sekolah saling menuding jari dan tidak mengaku mengeluarkan arahan berkenaan.

“Yang menjadi kemarahan pihak kami, guru sukan kata arahan itu dikeluarkan oleh pengetua, pengetua pula kata tiada sebarang arahan dikeluarkan,” katanya.

Mohamad Asrul berkata, seorang pegawai daripada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) turut hadir dalam perbincangan itu dan beliau yang enggan namanya dinyatakan, berjanji akan menyiasat.

Pengarah JPN, Ibrahim Mohamad, ketika dihubungi berkata beliau tidak dapat mengulas mengenai perkara itu yang kini dalam siasatan. – Bernama

Apakah yang merisaukan saya?

1. Ibu bapa muslim yang tidak faham atau tiada kejelasan tentang aspek pemakaian wanita muslimah yang harus diterapkan kepada anak perempuan mereka.

2.Tiada yang berani bangkit menegakkan kebenaran (al-haq) apabila ditentang al-batil.

3. Tatasusila pemakaian yang sopan di sekolah yang berjalan sekarang adalah al-hasil dari pembentukkannya dahulu berdasarkan kefahaman islam tetapi hanya tinggal undang-undang.

4. Lemahnya kefahaman islam pada  masyarakat melayu islam sekarang.

Jadi, adakah anda akan biarkan perkara ini berterusan berlaku? Saya yakin jika anda faham, jawapannya pasti ‘tidak!’.

Assalamua’alaikum wrt,

Sekiranya matlamat hidup anda sekarang ini dunia semata-mata. Saya mengajak anda menambah akhirat dihujungnya.

Sekiranya matlamat hidup anda sekarang ini dunia dan akhirat. Saya mengajak anda perbesarkan matlamat akhirat anda.

Sekiranya usaha mencapai matlamat dunia sekarang ini melebihi akhirat. Saya mengajak anda menyeimbangkan antara keduanya.

Sekiranya usaha mencapai keduanya seimbang. Saya mengajak anda melebihkan yang akhirat.

Step by step, kita melangkah memperbaharui matlamat kita satu-persatu, dan manusia……berubah!

Akhir kata…

DUNIA kita kejar, AKHIRAT pun kita kejar.

dan yang lebih baik lagi…

AKHIRAT kita kejar, DUNIA kita tak lupakan.

Matlamat kita yang akhir ialah SYURGA yang abadi.

Sedikit renungan hadith…

Abu Hurairah ra telah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:

” Terdapat 7 golongan yang akan mendapat lindungan arasyNya pada hari yang tiada lindungan melainkan lindungan daripadaNya. Pemimpin yand adil; pemuda yang masanya dihabiskan untuk beribadah kepada Allah SWT; seseorang yang hatinya terpaut pada masjid; 2 lelaki yang berkasih sayang dan bertemu dan berpisah kerana Allah SWT; lelaki yang digoda oleh perempuan cantik dan berpengaruh untuk melakukan maksiat tetapi dia menolak dengan mengatakan Aku Takutkan Allah; seseorang yang bersedekah dan menyembunyikannya sehinggakan tangan kanannya tidak mengetahui apa yang diberikan oleh tangan kirinya; dan seseorang yang mengingati Allah ketika bersendirian sehinggakan mengalir air matanya kerana Allah SWT.” Riwayat Muslim

"Lukisan syurga yang cuba digambarkan oleh manusia, tetapi hakikat syurga sebenarnya jauh melebihi jangkaun akal fikiran manusia."

Wassalam

Assalamua’laikum wrt…

Sebelum Oktober 2008 melabuhkan tirainya. Marilah sesama kita soroti dan hayati kata-kata seorang mujahid islam akhir zaman ini, yang dilahirkan dalam bulan Oktober (14 Oktober 1906). Beliau menyedarkan kita tentang hakikat tanahair islam yang sebenarnya. Umat islam diseluruh dunia ibarat satu badan, cubit paha kanan, paha kiri terasa. Ibarat batu-bata yang tersusun membentuk satu bangunan yang kukuh, menguatkan antara satu sama lain. Tapi hakikatnya, kita hari ini terpecah kepada blok-blok negara yang kecil. Ibarat sebatang lidi yang mudah dipatah-patahkan berbanding seikat lidi. Ibarat seekor kambing yang terkeluar dari kumpulannya, dan mudah dimakan sekumpulan serigala. Sungguh hebat percaturan musuh-musuh islam.

Masih ramai umat yang lalai. Amat sedikit yang sedar. Amat sedikit….Ammaaatttt sedikitttt….

Anda membaca entri ini. Lalu anda berlalu pergi sambil mengatakan, “Alaa, bukan ada pape ponnn…kecoh arr ko ni..saje2 je buat citer,,,semua ok je! mane ade pape kesan kat hidup aku..lantak diorang laa..asal aku cukup makan-minum sudahlah…

dan sekali lagi… umat ini terluka dan kecewa…

Anda membaca entri ini. Lalu anda semakin dekat menghampiri dan terus berkata, “Eh, saya tak tahupun, kenapa takde orang bagitau saya sebelum ni? Macammana ni? Risau saya…Apa yang saya boleh lakukan? Cepatlah bagitau..sebelum segala-galanya terlewat…

dan alhamdulillah..sinar-sinar kebangkitan islam sekali lagi yg dijanjikan oleh Rasulullah s.a.w, sudah mula menampakkan bibit-bibitnya…

“For every region in which there is a Muslim saying: ‘There is no god but Allah, and Muhammad is the Messenger of Allah.’, is our homeland, inviolable and sacred, demanding love, sincerity, and sincere effort for the sake of its welfare. ” – Imam As-Syahid Hasan Al-Banna

Wassalam

Assalamua’laikum wrt…

Lagu-lagu nasyid lama memang best. Contoh seperti the Zikr (sebelum Raihan), Nadamuri (sebelum Rabbani), Raihan, Sinaran Azhar dan Hijjaz. Lagu-lagu mereka berat dengan mesej-mesej yang bermakna. Tidaklah kita sekadar berhibur kosong sahaja. Antara lagu yang menyentuh hati saya adalah lagu ‘buta mata’. Lagu ini daripada nadamurni (suara remaja). Dinyanyi balik oleh Ikhwan. Saff-One pun ada nyanyi balik,tapi Ikhwan lagi sedap. Nak dengar sila pergi ke ‘kongsi2‘ kat sidebar blog ini.

Read the rest of this entry »

Assalamua’alaikum wrt…

Klik di sini – untuk berkongsi perasaan menempuhi Ramadhan bersama umat islam di seluruh dunia

Ramadhan pantas berlari. Sudah masuk hari yang ke-15 iaitu kira-kira sudah separuh Ramadhan. Kita juga harus pantas mengejar dan berlari seiringan dengan Ramadhan. Jika tidak, alamatnya kita ditinggalkan. Realiti yang kita perlu terima adalah masa berlalu dengan pantas dan masa yang sudah berlalu tidak dapat dikembalikan. Bagaimana dengan tadarus 1 juzu’ sehari? Bagaimana dengan tarawih berjemaah di masjid-masjid? Bagaimana dengan akhlak anda? Teruskan memacu usaha anda kerana Ramadhan masih berbaki 15 hari.

Read the rest of this entry »

Assalamua’laikum wrt…

Alhamdulillah, beberapa detik lagi kita akan memasuki gerbang bulan Ramadhan, di kala waktu Maghrib. Gembiranya hati orang-orang yang beriman di zaman ini menanti ketibaan Ramadhan sepertimana sikap ternanti-nanti akan Ramadhan yang pernah ditunjukkan oleh generasi terbaik yang pernah dilahirkan di dunia ini iaitu generasi para sahabat. Doa yang diajarkan oleh Nabi Muhammad s.a.w telah dipohonkan seawal dua bulan lagi.

Read the rest of this entry »

August 2014
M T W T F S S
« May    
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031

Categories

Klik di Sini

Blog Stats

  • 21,621 hits
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.